`SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA `
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai mereka tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya mereka sibuk berzikir
tentu mereka tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai mereka tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholat mereka dikerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai mereka tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan mereka sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal mereka dendang...bakal mereka syairkan
andai mereka tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamnya mereka sibukkan dengan
bertarawih.. .bertadarus.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai mereka tahu ini Ramadhan terakhir
tentu mereka tak akan melupakan orang yang tersayang
andai mereka tahu ini Ramadhan terakhir
tentu mereka bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
Berikut ialah sedikit ilmu yg ingin dikongsi bersama sahabat2 sempena ketibaan bulan Ramadhan yg mulia ini.
Kenapa Bulan Ramadhan in special ?
1.Bulan Nabi kita dilantik sebagai Rasulullah.
2.Bulan diturunkan Kitab2 Suci Zabur,Taurat,Injil & Quran.
3.Hanya bulan Ramadhan disebut dalam Quran.
4.Hanya bulan Ramadhan diwajibkan puasa.
5. Bulan dimana Rasulullah mula berhijrah .
6.Bulan yg disunatkan solat terawikh.
7.Bulan pahala yg berlipat berganda.
8.Bulan dibelenggukan syaitan.
9.Bulan Lailatul qadar ,malam yg lebih baik daripada 1000 bulan .(83yrs ++)
Persiapan Menjelang Ramadhan :
1.Rasa seronok menunggu kedatangan bulan yg penuh dgn keberkatan.
2.Anggaplah Ramadhan kali ini yg terakhir kita dan kuatkan azam utk sempurna puasa dgn terbaik
3.Banyakkan doa utk puasa dgn jujur dan rendah hati.
4.Berazam utk jauhi adat2 yg bertentangan dgn islam dan aktiviti yg sia2.
5.Pasang niat utk banyakkan baca quran dan zikrullah etc.
6.Bermaaf2an, beristighfar dan bertaubat.
7.Buat jadual harian dan set target .
Adab2 Berpuasa :
1.Jaga hati dgn sentiasa mengingati Allah.
2.Hindari melihat/bercakap perkara2 yg haram.
3.Hindari kaki tangan dari melakukan perkara2 maksiat.
4.Jangan banyak tidur.
5.Jangan boros berbelanja.
6.Jangan berlebihan berbuka puasa,nanti susah utk qiamullail.
7.Banyakkan qiamullail dan baca quran
8.Banyakkan zikrullah & selawat.
9.Banyakkan bersedekah dan beri orang makan utk buka puasa.
10.Sempurnakan solat fardhu 5 waktu dan tutup aurat.
Akhirkata rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1.hidup sebelum mati
2.muda sebelum tua
3.sihat sebelum sakit
4.lapang sebelum sibuk
5.senang sebelum susah.
Sekadar ingat mengingati sahaja. Wallahu A’lam
RAMADHAN KARIM !!!
ﻢﻼﺴﻠﺍﻭ
“Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya,dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka .Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pu n.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bacaan Niat Puasa:
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.
Bacaan Berbuka Puasa:
“ Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Ini merupakan ingatan bersama. Sama-sama lah kita mengingatkan diri kita..jangan lupa kejar KPI yang MAHA ESA…kerana itu yang akan menentukan kebahagian selamanya.. Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment